Loading...

Pengenalan Easybook.com

  • Easybook.com merupakan platform pembelian tiket darat dan laut terbesar di ASEAN sejak tahun 2006 (menjual tiket bas, feri, kereta api, dan menyewa kereta). Penjualan tiket udara ditambahkan baru-baru ini untuk menyempurnakan perjalanan pelanggan kami.
  • Ditubuhkan di Singapura dan Malaysia, kini platform kami berkembang ke 10 negara di ASEAN.
  • > Lebih daripada 40M juta tiket dijual setakat ini, melibatkan lebih daripada 3000syarikat pengendalian pengangkutan.

Mengapa Melabur di Easybook?

  • Easybook mencapai pertumbuhan pendapatan 1.5-2X setiap tahun
  • Sebagai platform tiket darat dan laut terbesar di ASEAN, baru-baru ini kami meningkatkan perkhidmatan kami termasuk penjualan tiket udara supaya menjadi platform tiket darat, laut, udara terbesar di ASEAN menjelang 2022.
  • Mencapai pendapatan USD 100M juta setahun pada tahun 2020 (akan dilaraskan sedikit atas impak COVID-19) dan berhasrat mencapai USD 1B pada akhir tahun 2023 daripada saiz pasaran keseluruhan yang mencatatkan USD 20B.
  • Ditubuhkan sejak tahun 2005, kami bergiat dalam bidang perniagaan ini selama 15 tahun.
  • Jom, sertailah perjalanan pertumbuhan yang cukup beraspirasi dengan Easybook.

Pelaburan Menerusi Easybook?

  • Sungguhpun kebanyakan syarikat melancarkan IPO, kami melancarkan ICO di Brunei pada 1hb Jun 2020 sebaliknya.
  • Sungguhpun kebanyakan syarikat mengeluarkan saham kepada pelabur baharu, kami mengesyorkan wang Easybook (EBO), sejenis mata wang serba guna kepada pelabur baharu kami.
  • Kami membuat keputusan untuk melancarkan ICO sebab IPO memerlukan modal yang lebih besar di samping pasaran syer tidak memuaskan kebelakangan ini. Tambahan pula, proses IPO amat rumit.
  • Berbanding dengan pasaran syer, platform EBO boleh beroperasi selama 24 jam setiap hari.
  • Ikutilah garis panduan ini untuk membeli EBO
  • Klik sini untuk meneliti Kertas Putih EBO.

Jaminan Pertumbuhan Berlipat Ganda

  • EBO akan diperdagangkan di platform Easybook sendiri iaitu ebo.easybook.com
  • Kami menetapkan harga dagangan EBO untuk 2 tahun pertama dengan kenaikan harga setiap hari dari hari pertama untuk mencapai nilai 2x yang dijaminkan pada akhir tahun pertama dan nilai 4x pada akhir tahun kedua.
    Misalnya:
    Pelaburan awal USD 1000 akan bertambah menjadi USD 2000 pada akhir tahun pertama dan akan menjadi USD 4000 pada akhir tahun kedua.
  • Nilai EBO akan didorong lebih jauh oleh pendapatan transaksi dan populasi pengguna yang besar iaitu 3 juta orang setakat ini dan akan meningkat menjadi lebih daripada 20 juta menjelang tahun 2023..

Macam Mana Memperolehi Keuntungan daripada Pelaburan EBO?

  • Apabila harga EBO meningkat, jual dengan mudah di platform dagangan ebo.easybook.com kepada pembeli baru yang lain, ikuti ini. panduan.
  • Ataupun gunakannya untuk membeli produk Easybook di laman sesawang dan aplikasi easybook.com.

Adakah EBO Boleh Dipercayai?

  • Tentulah, yakin berguna dan berbaloi untuk dilabur. Ia disokong oleh rangkaian perniagaan dan produk Easybook yang kukuh. Tidak serupa dengan kebanyakan cryptocurrency di luar sana, yang tidak ada sistem perniagaan yang kukuh dan tanpa komuniti besar untuk menyokong kegiatan cryptocurrency.
  • Sekiranya tidak dijual, semua EBO boleh digunakan untuk membeli produk apa jua di platform dan aplikasi Easybook.

Kepatuhan Undang-undang

Pengurusan EBO

EBO mematuhi dan tertakluk pada undang-undang yang berkuatkuasa di Brunei.

EBO akan dilancarkan dan dinilai dalam mata wang Dolar Amerika Syarikat (‘USD’) dan tertakluk pada syarat berikut:

Tarikh Penting

  1. Tempoh ICO: 1hb – 30hb Jun 2020 (tidak boleh diperdagangkan atau digunakan)
  2. Berdagang antara ahli di Platform Penerbitan EBO: Tentatif pada 1hb Julai 2020
  3. EBO Easybook Coin boleh digunakan untuk membeli produk melalui Easybook.com, mulai 1hb Julai 2020

Mekanisme Perdagangan

  1. Tempoh Dagangan Berkawal

    Sepanjang 2 tahun pertama, harga EBO akan dipantau dan dikawal oleh Easybook.com supaya meningkat secara beransur-ansur sepanjang tempoh 2 tahun tersebut.

    2020 (Harga Menjelang Hujung Minggu)
    June July August September October November December
    0.1080 0.1165 0.1250 0.1332 0.1418 0.1500 0.1585
    2021
    January February March April May June July August September October November December
    0.1670 0.1747 0.1832 0.1915 0.2000 0.2164 0.2334 0.2504 0.2668 0.2838 0.3003 0.3173
    2022
    January February March April May June July August September October November December
    0.3342 0.3496 0.3666 0.3830 0.4000 Harga Berubah
    2023
    January February March April May June July August September October November December
    Harga Berubah
  2. Tempoh Perdagangan Fleksi

    Bermula dari tahun ke-3, harga EBO akan dibenarkan berubah berdasarkan penawaran dan permintaan perdagangan di eco.easybook.com.

  3. Jumlah Dagangan Yang Dibenarkan

    40% EBO yang dilabur akan terkurung selama 6 bulan semasa ‘Tempoh Dagangan Berkawal’ untuk mengekalkan kenaikan harga jualan.

Pembahagian Token

Untuk menjaga kestabilan EBO, unit penerbitan EBO baru adalah terhad dan akan dikeluarkan dalam 3 fasa seperti di bawah:

  • Tahun 1 : 200 juta EBO
  • Tahun 2 : 300 juta EBO
  • Tahun 3 : 400 juta EBO

Yuran Transaksi

  • 2% yuran bagi setiap penjualan EBO (tiada caj semasa membeli).
  • 4% yuran bagi setiap pengeluaran akan dikenakan untuk pengeluaran dari akaun EBO ke akaun bank pengguna.
  • Bayaran TT akan dikenakan untuk akaun bank tanpa kehadiran di mana-mana negara operasi Easybook (Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja, Laos)

Pembelahan Unit

Pembelahan unit akan berlaku dari semasa ke semasa untuk mengurangkan harga EBO di pasaran di samping meningkatkan jumlah EBO yang dimiliki oleh pemegang unit sedia ada kekal pada nilai yang sama. Sebagai contoh, jika duit unit terbelah menyebabkan harga EBO berkurang sebanyak 3 lipat ganda, maka jumlah EBO yang dipegang akan meningkat sebanyak 3 lipat ganda.

Sekatan Kepentingan (Tempoh Dagangan Berkawal)

40% EBO yang dilabur akan terkurung selama 6 bulan semasa ‘Tempoh Dagangan Berkawal’ untuk mengekalkan kenaikan harga jualan.

Penggunaan EBO di Platform Easybook

EBO dapat digunakan untuk membeli semua produk dalam laman sesawang dan aplikasi easybook.com. Nisbah penukaran EBO ke produk akan ditentukan oleh easybook.com dan bergantung pada perubahan dari semasa ke semasa.

Penerbit EBO
Easybook (B) Sdn Bhd (RC20003089)
2nd Floor, Unit B, Spg 98, Bgn Hjh Dyg Damit Bte Panglima Asgar Dato Paduka Hj Awg Abdullah, Kg Delima Satu, Jalan Muara, BSB BB4713, Brunei Darulssalam.
Anak Syarikat kepada
Easybook.com Pte Ltd (200912660E)
8 Temasek Boulevard #14-02 Suntec Tower Three Singapore 038988.

Penafian

Segala maklumat di atas tertakluk pada gubahan.